ALL HARD WORK PAID OFF...

Alhamdulillah, selama 3 tahun memerah otak akhirnya grad gak aku..
Betapa peritnya aku menunggu saat nie..pasnie maybe aku akan cari keje..mak aku sebenarnya nak kau sambung degree tapi ayah aku lak nak aku bekerja wat sementara waktu..emm, aku ikut saranan ayah aku..maybe selepas bekerja semangat aku nak blajar datang semula..risiko sebenarnya bekerja dahulu dan belajar kemudian. Takut otak terlampau beku bila nak blaja balik nanti...hehehe
Ari minggu lepas aku daftar untuk SPA..tengah temuduga la nie..maybe esk...minggu dpn atau bulan depan..who knows..
Tak sabar rasanya tunggu masa konvo............................................................................

                            

REFERENCE SILAT TAKDER KE??

Seminggu yang lepas aku g times square saja jalan-jalan. Sementara boring tue aku singgah jab kat borders cari buku. Terlintas lak hati nak cari buku martial art pas boring mentelaah buku data structures. Aku g la kat sudut seni mempertahankan diri. Puas aku cari seni silat tapi tak jumpa. Yang ada Bruce Lee, Bruce Lee, Bruce Lee....apa Dato Meor dengan Ustaz Hanafi tak hebat ke? Bukannya nak menjatuhkan maruah seni Wing Chun atau Jeet Kune Do, tapi kita sebagai insan yang berpijak di bumi Malaysia ni sedarlah skit dengan asal usul budaya kita. Manalah seni silat kita tak naik bila semua kedai buku ternama kat malaysia nie takder satu pun yang nak mempamerkan seni bela diri melayu asli. Pikir-pikirkanlah ek.........

Apa nak jadi...

Emm, apala nak jadi ngan bebudak silat kptm nie. asyik2 yang datang training beberapa kerat jer. Aku pun memanglah sedia maklum yang majoriti bdk silat bdk coventry n course tue tgh cuti skrg nie, tapi takkanlah nak datang kelas dua kali seminggu pun takleh. Kalo tak dapat datang 2 kali seminggu skali seminggu pun jadilah. Kesian dengan penyelia n jurulatih kelas tue. Dahla datang dari jauh, penat coz bekerja lagi tapi still datang menyelia kelas coz atas dasar tanggungjawab dan amanah. Aku ni pun bukannya bagus sangat, ada masa memang takleh datang atas sebab2 yang tak dapat dielakkan tapi tak bermakna aku tak datang training selama-lamanya. Kalo yang tak datangnya budak2 junior aku memang faham sangat, tapi masalah negaranya budak2 senior. Aku malu beb, aku malu sangat. Yang makin herannya ahli yang selalu datang adalah student GMI n ahli silat dari luar. Kalau nak dikatakan faktor menetap luar dari kawasan lembah kelang dan bekerja pun aku still leh terima tapi yang tinggal dalam area lembah kelang nie.....pun boleh jadi masalah gak. Datang kolej sebab nak jumpa awek boleh, datang kolej coz nak bincang projek/asainmen dengan member boleh, datang kolej sebab nak borak2 dengan member boleh tapi apsal datang training sekadar 2 jam SAHAJA tak boleh??!! Ni karang lepak sampai berjam2 mak n abah tak marah tapi kalo bersilat diorang marah? Toksah klentonglah, kalo sekadar datang nak jadi femes time demo n majlis2 rasmi berkaitan dengan kolej baik tak payah. Menyakitkan hati jer...sendiri mau ingatlah kawan..apa2 pun aku nak ucapkan tahniah n syabas kepada penyelia aku iaitu abang usop dan barisan jurulatih kerana masih mempunyai semangat yang kental demi menunaikan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh Y.M Guru Utama kita iaitu Encik Md Radzi Bin HJ Hanafi. Semoga Allah membalas jasa kalian, dan bagi sesaper yang terasa aku minta maaf banyak2. Ini bukannya untuk mengutuk atau memaki kalian, sebaliknya untuk dijadikan renungan bersama agar persatuan silat kita akan menjadi lebih gah di mata masyarakat khususnya masyarakat KPTM KL.

Kepada Yang Berminat!!!

Ibu Pejabat Dan Cawangan

IBU PEJABAT
PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

KOMPLEKS SUKAN KAMPUNG DATOK KERAMAT
54000 KUALA LUMPUR
NO TEL :03-4531884
(U/P : EN RAMLEE B. ABDUL RAHMAN)

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN JOHOR

D/A : NO.10 JALAN KASAWARI,

LARKIN JAYA, JOHOR BAHRU,

80350 JOHOR.

U/P : Bahagian Penerangan

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN SELANGOR
NO.2, JALAN 15/3D
BANDAR BARU BANGI
43650 SELANGOR
U/P: EN ROSLAN ABDUL RASHID
TEL: 016-2175477

PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN PULAU PINANG

D/A : NO. 214-E, JALAN POKOK ASAM,

JELUTONG TIMUR,

11600 PULAU PINANG.

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN TERENGGANU
NO.9, LOT 583 DATARAN GELIGA,
KAMPUNG GELIGA BESAR,
24000 KEMAMAN, TERENGGANU.
U/P: EN ROSLAN SALAM
TEL: 019-9532001

PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN SABAH

D/A : YAYASAN SABAH

P.O.BOX 11623,

88817 KOTA KINABALU,

SABAH.

U/p: En Awang Masri b. Kefli

PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN KELANTAN

D/A : 2228-B, DEPAN STESYEN RADIO & TELEVISYEN MALAYSIA (RTM),

JALAN PASIR MAS – SALOR,

15100 KOTA BHARU,

KELANTAN.

PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN KEDAH

D/A : NO.129, JALAN FAJAR,

ALOR SETAR,

05350 KEDAH

PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN PAHANG

D/A : NO 120 LORONG LENGKOK KIRI 1,

TANAH PUTIH BARU,

KUANTAN 25150 PAHANG.

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
NO.77, KG. GADUNG JAYA
71900 LABU, SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
U/P: EN ABDUL HALIM ABD. HAMID
TEL: 013-3655693

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN KEDAH
221, TAMAN DESA AMAN,
08800 GUAR CHEMPEDAK,
KEDAH
U/P: EN. ZULKIFLEE AHMAD TAJUDDIN
TEL: 013-4030536

PER. SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA

CAWANGAN MELAKA

D/A : NO 16, JALAN RAMBAI JAYA 6,

TAMAN RAMBAI JAYA,

15250 MELAKA.

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN PERAK
K-69, NEW PASIR PUTIH,
31650 IPOH,
PERAK.
U/P: EN. MOHD.NIZAR MOHD. NOH
TEL: 019-5143135

PER.SENI SILAT CEKAK USTAZ HANAFI MALAYSIA
CAWANGAN SARAWAK
NO.11, JALAN DATUK AJIBAH ABOL
LORONG BITANGOR NO.1
93400 KUCHING
SARAWAK
U/P: EN SUHARDI B. SEKAWI
TEL: 013-8224323/013-8028271

Perutusan Guru Utama Cekak Hanafi

PERUTUSAN YM GURU UTAMA

PERUTUSAN PENGHARGAAN OLEH YM TUAN GURU MD RADZI HJ HANAFI


Assalamu Alaikum wbt.

Pertamanya saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran di atas limpah dan kurnia Allah swt. yang telah mengizinkan kita sekali lagi melaksanakan tanggungjawab dan amanah di dalam memastikan kesinambungan perjuangan Silat Cekak Hanafi.

Alhamdu lillah, kita telah berjaya menganjurkan dua program utama pada 3 & 4 September 2005 yang lalu iaitu program Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah dan juga program Gerak Gemilang di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Dikesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program-program tersebut.

Penghargaan khas kepada Persatuan Seni Silat Cekak UTM City Campus atas kejayaan penganjuran Pertandingan Wajadiri Silat Cekak Hanafi Peringkat IPT dan Sekolah. Sumbangan bakti dan pengorbanan saudara dan saudari amat saya kagumi dan saya amat berbangga dengan usaha gigih yang ditunjukkan oleh semua jawatankuasa penganjur bagi menjayakan program tersebut. Penghargaan juga ingin saya nyatakan kepada Penyelia kelas UTM City Campus iaitu Saudara Saifol Murad di atas kerjasama dan sokongan tidak berbelah bahagi bagi mempastikan program ini dapat dijalankan dengan lancar. Tidak lupa kepada Urusetia LPT yang memainkan peranan penting atas kejayaan pertandingan serta kepada semua juri yang telah bertugas dengan penuh dedikasi. Sesungguhnya sokongan dan sumbangan saudara-saudari amat saya sanjung tinggi dan saya amat berharap sokongan tersebut diteruskan untuk masa-masa akan datang. Tidak lupa saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang-pemenang dan kepada yang tidak berjaya janganlah berasa sedih kerana pada pandangan saya tidak ada sesiapa yang kalah tetapi semua ini adalah sebahagian dari kejayaan kita sebagai Silat Cekak Hanafi.

Saya juga berasa amat terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua ahli dalam menjayakan pertunjukkan silat raksasa yang telah melayakkan persatuan ini mencatatkan dua rekod sekaligus di dalam ‘Malaysia Book of Record’ bagi kategori ‘The Largest Participant in Silat Performance’ dengan jumlah penyertaan seramai 5,032 orang dan juga bagi kategori ‘The Largest All-Women Participant in Silat Performance’ dengan jumlah penyertaan seramai 2214 orang. Kejayaan ini membuktikan komitmen, pengorbanan dan keikhlasan saudara-saudari di dalam membantu persatuan mencapai apa yang kita telah rancangkan. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua jawatankuasa penganjur perayaan khasnya jawatankuasa Program Gerak Gemilang serta Pengerusi Persembahan yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang sehingga program tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada cawangan-cawangan di seluruh negara yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan yang paling penting ialah kepada saudara-saudari sekelian yang telah menyertai pertunjukkan tersebut yang secara lansung telah membantu pihak persatuan mencapai jumlah penyertaan yang disasarkan. Semoga kejayaan ini kita jadikan pembakar semangat dan asas untuk kita semua berusaha lebih gigih bagi meningkatkan martabat silat Melayu amnya dan Silat Cekak Hanafi khasnya.

Semoga segala sumbangan dan pengorbanan saudara dan saudari itu di berkati Allah swt.

Sekian


YM TUAN GURU MD RADZI HJ HANAFI
Presiden / Guru Utama
Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia
September 2005

Lovely Sunday.

Huarrghh..penatnyer...lagi sejam nak berbuka rasa cam seribu jam lax. Ada lar rembat skit lauk dari umah. Awek lak nak datang temankan aku berbuka jap lagi. Haii..untungnya nasib badan....hehehehe

Aiyaa...holiday nak abis maa...

Adoiila, pejam celik dah nak abis rupanya cuti mid-term aku...kejap jer rasenye. Tak sangka-sangka cuti aku ada 3 hari lagi. Emm, nak wat apa kat umah sewa nanti? Nak pegi CC dah boring, nak kuar takde duit, laaa, takkan nak melopong je kot kat rumah. Arrrgghh, tension giler. Keje Mdm Hafiza tak wat lagi. Kang tak pasal2 kena dengan dia. Tapi....dia baik...hehehe, takkan dia nak punish aku kot?? Aaaa, apa dah jadi ngan aku nie...iblis mana dah rasuk aku nie....haiya, mana leh amik kesempatan...lu nie gila la rusdi...

wan!!! Aku nak pinjam keje VB ko!!!!!!!!!!!!!

Peneraju

PENUH KESETIAAN DAN PERPADUAN KITA JUNJUNG HASRAT SEMUA

KEPADA GURU, IBU DAN BAPA JASAMU TETAP DIKENANG

KITA MENJAGA KESELAMATAN DIRI PENUH SEMANGAT YANG SUCI

DENGAN ASUHAN JASMANI DAN ROHANI ITULAH AMALAN KAMI

KITA BERSATU, BICARA BENAR, TINDAK DENGAN BIJAKSANA

SILAT CEKAK USTAZ HANAFI PENERAJU WARISAN MUTLAK

KITA BERANI DAN BERAMANAH, MENDUKUNG WAWASAN MULIA

SENI BUDAYA PUSAKA KITA UNTUK BANGSA AGAMA DAN NEGARA.

Huahahaha

Huahahahan ari nie secara rasminya exam aku dah abes............yahooooooooooooo!!!!!!!!!

Silat cekak.....

Dulu aku nie macam insan-insan yang lain. Macam korang. Wat keje sendiri, selagi aku tak kacau orang, orang pun tak kacau aku..naif sangat. Apa2 hal, gaduh ker...member kena blasah ker...orang buli aku ker... i juz let it went by...wat dono jer. Memang kengkadang rasa geram, menyampah, nak tumbuk orang...tapi, itu jer yang aku mampu buat. Diamkan diri. Dah aku nie hanya insan yang lemah yang tak mampu buat apa2. Namun satu hari, ianya berlaku. It really happen....aku di pukul...dihambat...dibelasah........

Sumernya atas satu kejadian salah faham yang amat kecil, bagi aku rasanya ianya boleh dibawa berbincang. tapi apakan daya, dengan sifat aku yang lebih suka berdiam diri aku terus dipukul.....aku hanya mampu merayu meminta simpati dan belas kasihan untuk dilepaskan. Namun bajingan keparat itu terus melayanku ibarat anjing jalanan...terasa senak yang amat sangat di perutku, momentum libasan tangan kanan yang tepat mengenai pipi kananku masih terasa hingga ke hari ini. Senyuman bangsat yang memukul aku kekal menjadi parut hingga ke akhir hayatku...pada pandangan koranglah, sanggup ker korang jadi macam aku.

Aku tekad nak buka satu lembaran yang baru dalam hidup aku.........aku takkan biarkan maruah aku tercalar lagi. Biar tewas ketika mara, jangan sesekali berundur. Not damn once...

Bila aku masuk kolej KPTM aku dapat tau yang kolej nie ada satu persatuan silat. Silat Cekak Hanafi...apa tue?? Memang aku nie takder latar belakang silat, so tak tau lar pasal perkembangan silat kat malaysia nie..Dengan tekad dan azam aku belajar...belajar...dan terus belajar, sampailah aku tamat. Memang banyak perkara yang aku belajar dalam silat nie. Falsafah, budaya, seni silat itu sendiri, dan banyak lagi. Memang ketika pertama kali nak masuk silat nie aku dah tanam niat awal2...of coz lar, nak blasah balik orang yang pernah wat taik kat aku dulu..tapi, atas nasihat guru utama aku yang aku ingat sampai skarang.....

"....sebelum ijazah nie, hendak saya ingatkan kepada saudara dan saudari untuk menukar niat anda semua. Berniatlah bahawa tujuan untuk mempelajari silat ini adalah untuk hanya mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran..."

Encik Md Razi Bin Hj Hanafi

Guru Utama Silat Cekak Hanafi.

Terus aku jadi cair, perasan dendam yang berkobar-kobar tadi terus lenyap. Aku jadi tenang. Sejak dari hari itu secara rasminya aku telahpun diijazahkan sebagai ahli silat cekak hanafi. Aku tertakluk kepada pantang larang yang di beritahu oleh Guru Utama aku...

Tidak Menderhaka kepada Ibu-bapa

Tidak Menderhaka kepada Guru

Tidak Mencaci seni silat melayu asli yang lain

Tidak bergaduh sesama ahli.......................

Memang kalau korang tengok, silat nie takder bunga. Takder kekuda. Pokok pangkalnya memang nampak sempoi je lah. Tapi gerakan yang terhasil dari ilham kaedah solat memang "cool"........

Apa yang aku cuba sampaikan kat sini ialah aku tak nak benda buruk yang pernah terjadi kat aku jadi kat korang. Memang sakit bila kena. Dia punya sengsara tue ibarat kena telan larutan kaca tau tak...So, kat sini aku anjurkan korang masuk lah seni mempertahankan diri. Tak semestinya silat cekak hanafi..yang lain2 pun takper..janji korang boleh bawa diri nanti...ingat...Mati dah tentu, tapi pastikan korang mati dalam keadaan bermaruah dan iman...gunakan setiap tulang empat kerat yang kita ada untuk membela maruah kita, even whatever it takes.....for your PRIDE and HONOR.....Coz that's what warrior are.......

JUZ DO IT>>>>>>>>>>>>>>!!!!!